JOB VACANCY - FLORIST HELPER/ PEMBANTU FLORIST

Pembantu Florist Diperlukan di Petaling Jaya – Sertai Pasukan Kami Hari Ini!
Kami sedang mencari Pembantu Florist yang berminat dalam seni gubahan bunga, kreatif, dan teliti dalam kerja. Jika anda sukakan suasana kerja yang ceria dan penuh dengan keindahan bunga serta hadiah, jom sertai pasukan kami!
Tanggungjawab:
- Membantu dalam menggubah dan menyusun bunga
- Membungkus hadiah serta menyusun gubahan buah & pelbagai jenis hadiah
- Menjaga kebersihan tempat kerja serta memastikan bunga dan buah sentiasa segar
- Mengurus pembungkusan dan penyediaan pesanan pelanggan
- Membantu dalam kerja penghantaran jika diperlukan
- Perlu bekerja pada hari Sabtu & fleksibel untuk kerja lebih masa jika diperlukan
Kelayakan:
- Minat dalam bunga, hadiah & gubahan kreatif
- Rajin, teliti & cepat belajar
- Mempunyai sikap positif dan boleh bekerja dalam pasukan
- Pengalaman adalah kelebihan, tetapi tidak wajib
- Mampu bekerja lebih masa semasa musim puncak (seminggu sebelum CNY, Raya, Valentine’s Day, Hari Ibu & Krismas)
Gaji & Manfaat:
- Gaji pokok RM1,800 – RM2,300 (bergantung kepada pengalaman & keupayaan)
- EPF, SOCSO, EIS, OT, Elaun Makan OT, Elaun Kehadiran, Elaun Perubatan
- Cuti tahunan & bonus prestasi
- Percutian syarikat
- Peluang kenaikan pangkat
- Latihan & bimbingan untuk menjadi florist sepenuhnya dalam 1-2 tahun
Waktu Bekerja:
- 9.30 pagi - 6.30 petang (Isnin - Sabtu)
- Sabtu boleh pulang awal jika tugas selesai
- Ahad & cuti umum OFF
Lokasi kerja – Petaling Utama Avenue, Jalan PJS1/50, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia (10 minit pemanduan dari Sunway, Subang & Old Klang Road).
Calon yang berminat boleh memohon melalui borang e-permohonan di bawah. Hanya calon terpilih akan dihubungi untuk sesi temuduga.